My Add

Friday, 23 November 2012

Presiden Mesir pecat Pendakwa Raya Negara

KAHERAH, JUMAAT, 23 November, 2012: Presiden Mesir, Mohamed Mursi semalam memecat Pendakwa Raya Negara, Abdel Maguid Mahmoud dan menamakan Talat Abdullah sebagai pengganti.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah Mursi memenangkan penunjuk perasaan yang menuntut perbicaraan semula membabitkan pegawai tentera yang dipercayai terlibat melakukan keganasan semasa demonstrasi besar-besaran pada tahun lalu.

“Pendakwa Raya Negara yang baharu akan menjawat jawatan tersebut dalam tempoh empat tahun," kata jurucakap pejabat Presiden, Yassir Ali. - REUTERS

No comments:

Post a Comment