My Add

Friday 23 November 2012

Presiden Palestin puji ‘kejayaan’ Hamas

GAZA CITY, JUMAAT, 23 November, 2012: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniya atas ‘kejayaan’ berhubung konflik membabitkan Hamas dan Israel baru-baru ini.

Hamas dalam kenyataannya berkata, dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucapkan tahniah atas kejayaan Ismail dan menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat dan pejuang Palestin yang terbunuh sepanjang lapan hari pertempuran.

“Presiden turut memuji kesabaran rakyat Palestin semasa menghadapi pencerobohan dan menekankan tentang kepentingan mencapai gencatan senjata," jelas kenyataan terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment