My Add

Tuesday 20 November 2012

Selangor bentang kertas putih perjelas isu Talam, air

SHAH ALAM 20 Nov. - Kerajaan Selangor membentangkan laporan kertas putih bagi memperjelas isu berhubung hutang syarikat Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembentangan itu bertujuan agar rakyat Selangor meneliti dan memahami kedua-dua isu tersebut.

Beliau berkata rakyat Selangor boleh memuat turun laporan kertas putih itu menerusi laman web rasmi kerajaan negeri www.selangor.gov.my serta laman web media "Selangorku" di www.selangorku.com.my bermula esok.

"Dokumen berkaitan kutipan hutang yang dalam simpanan pejabat Dewan Negeri Selangor boleh disemak oleh orang awam, namun ia tertakluk kepada prosedur di bawah Akta Kebebasan Maklumat," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment