My Add

Friday 23 November 2012

Seorang terbunuh, sembilan cedera ditembak tentera Israel berdekatan Gaza

BANDAR GAZA, JUMAAT, 23 November, 2012:: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan sembilan yang lain di pagar sempadan antara Gaza dan Israel, hari ini.

Pegawai kesihatan Gaza berkata, ia adalah laporan kejadian keganasan pertama susulan gencatan senjata dilaksanakan antara Israel dan Hamas, semalam.

Kejadian tembak menembak itu adalah insiden terpencil dan ia dijangka tidak akan memberi kesan terhadap persetujuan perdamaian yang dirancang Mesir.

Malah, Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh daripada parti Hamas menggesa kumpulan pemberontak untuk menghormati arahan gencatan senjata antara kedua-dua pihak. - AP

No comments:

Post a Comment