My Add

Friday 23 November 2012

Veteran UMNO mohon KDN pantau sifat ektremis Pas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 2012:: Veteran UMNO Malaysia hari ini memohon Kementerian Dalam Negeri memantau sifat ektremis anggota Pasterutamanya seperti ditunjukkan ketika Muktamar Tahunan Ke-58 parti itu Jumaat lalu.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata pemantauan itu perlu dilakukan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku seterusnya menjamin keselamatan anggota UMNO terutamanya menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Veteran bimbang apa berlaku sekarang dalam Pas yang mungkin dipengaruhi fahaman melampau," katanya kepada Bernama.

Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, Pas membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO merupakan parti murtad.

Beliau berkata Pas sudah hilang keyakinan untuk berdepan dengan Umno dan BN secara 'gentleman' disebabkan sokongan terhadap parti tunjang orang Melayu itu semakin kuat daripada hari ke hari.

"Pas tahu sokongan kepada parti itu semakin merosot kerana PAS telah tersasar jauh dari dasar perjuangan asal dan sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR. 

Sebab itu senjata yang ada hanya menggunakan doa dan doa ini bakal makan diri.
"Veteran (UMNO) yakin Allah SWT tidak akan memperkenankan doa itu malah akan melaknati PAS," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment