My Add

Thursday 22 November 2012

Wanita enam anak diberkas edar dadah

KUANTAN, KHAMIS, 22 November, 2012: Seorang wanita yang mempunyai enam orang anak antara dua yang diberkas Selasa lalu kerana dipercayai mengedar dadah.

Seorang buruh berumur 41 tahun turut diberkas di Perkampungan Sungai Isap dekat sini kira-kira 2.40 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Toon Khuan berkata buruh berkenaan ditahan di tepi jalan perkampungan itu dan polis menemui sejumlah ganja dalam tangannya.

Susulan penangkapan buruh itu, polis kemudiannya menyerbu pula sebuah rumah di Taman Pandan Permai yang dipercayai digunakan sebagai tempat menyimpan bekalan dadah dan menahan seorang wanita berumur 39 tahun yang juga merupakan kenalan kepada buruh terbabit.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui sampul surat yang mengandungi ganja di bawah tilam di dalam sebuah bilik di tingkat atas. Satu lagi sampul surat yang mengandungi heroin turut ditemui di atas siling di tingkat bawah,” kata Yap kepada pemberita hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment