My Add

Wednesday 2 January 2013

10 maut dipijak ketika sambut tahun baru di Angola

JOHANNESBURG, RABU, 02 Januari, 2013: Sepuluh orang, termasuk empat kanak-kanak maut manakala 120 yang lain cedera dalam rempuhan pada ambang Tahun Baru di ibu negara Angola, lapor agensi berita tempatan, Angop.

Jurucakap Keselamatan, Faustino Sebastiao dipetik sebagai berkata, mangsa terpijak ketika orang ramai berpusu-pusu dan bersesak masuk selepas hanya dua daripada pintu utama stadium Cidadela Desportiva dibuka.

Seramai 12 mangsa yang cedera masih berada di hospital, hari ini.

“Kami menjangkakan hanya 70,000 orang yang akan hadir tetapi jumlahnya lebih daripada itu,” kata paderi di sebuah gereja Universal Church of the Kingdom of God, Ferner Batalha.

Beliau berkata, pihak gereja sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai acara pada malam itu dan meminta supaya petugas Palang Merah bersiap sedia.

Pengarah Klinikal di Hospital Boavida Americo, Lina Ali mengesahkan bahawa mangsa mengalami sesak nafas manakala 70 lagi dimasukkan ke hospital. - AFP

No comments:

Post a Comment