My Add

Wednesday 2 January 2013

3 beranak maut hidu asap beracun

*AHLI keluarga menunggu hasil bedah siasat mayat tiga beranak yang mati terhidu asap beracun di Hospital 

KOTA TINGGI, RABU, 02 Januari, 2013 .Kota Tinggi: Sepasang suami isteri bersama anak mereka yang juga penghidap Sindrom Down ditemui mati, dipercayai akibat lemas di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang di sini semalam.

Mayat mereka ditemui pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima laporan jiran yang mengesyaki sesuatu selepas rumah keluarga berkenaan ditutup rapat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata mayat lelaki berusia 60 tahun; isterinya 57 tahun dan anak lelaki mereka berusia lingkungan 20-an ditemui di bilik utama rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati ada bau asap di dalam rumah itu dan pihaknya mengesyaki ia menjadi punca kematian tiga sekeluarga itu.

Difahamkan, lelaki itu mengunci bilik utama sejak tengah malam kelmarin sebelum mengambil serbuk kayu dan membakar bahan getah bagi mengeluarkan asap sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka lemas akibat terhidu asap.

Kejadian itu hanya disedari jiran mangsa yang curiga apabila melihat rumah mangsa bertutup sepanjang hari dan sunyi berbanding biasanya kedengaran suara bising anak mangsa.

“Kami mendapati ada bau asap dalam rumah berkenaan yang dipercayai punca ketiga-tiga mereka lemas. Hasil bedah siasat juga mendapati mereka mati akibat membunuh diri dan tiada unsur jenayah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Che Mahazan berkata, penduduk mendakwa lelaki itu pernah memberitahu jirannya bahawa dia ingin membunuh diri berikutan kesukaran hidup akibat isterinya yang lumpuh akibat serangan angin ahmar dan anak mereka menghidap Sindrom Down. - BH

No comments:

Post a Comment