My Add

Tuesday 15 January 2013

Ahli Pas tolak Anwar jadi PM?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Tindakan peserta perhimpunan pembangkang yang rata-ratanya ahli Pas keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan kelmarin, menunjukkan Ketua Pembangkang itu tidak diterima untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, sebahagian besar penyokong pembangkang mungkin percaya dengan dakwaan yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung masalah moral Ketua Pembangkang tersebut.

Katanya, Karpal pada Oktober 1997 di Parlimen mendedahkan beliau mempunyai bukti kukuh mengenai penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat.

''Kenyataan Karpal itu dikuatkan lagi dengan pendedahan bekas rakan karib Anwar iaitu Datuk S. Nallakarupan tidak lama dahulu bahawa Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) itu seorang biseksual.

''Penyokong Pas percaya dengan pelbagai dakwaan tentang isu moral Anwar, sebab itu mereka tetap mahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rahimi, perhimpunan pembangkang itu merupakan usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pakatan pembangkang bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment