My Add

Tuesday 15 January 2013

Perkasa P. Pinang selar pendirian tak konsisten

PULAU PINANG, ISNIN, 14 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini menyelar tindakan tidak konsisten Pas berhubung isu kalimah Allah.

Yang Dipertuanya, Yusof Suhaimi Mohd. Yatim berkata, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas perlu lebih tegas mempertahankan pendiriannya terutama yang berkaitan kesucian Islam.

Katanya, kalimah Allah tidak boleh diputar belitkan kerana kalimah berkenaan jelas milik umat Islam.

"Maksud Lord, God tidak sama dan tidak boleh ditakrifkan sebagai Allah. Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang merupakan ulama, jadi sepatutnya beliau sendiri arif tentang isu ini.

"Apakah kita boleh terima sekiranya selepas ini ada orang yang membuat filem animasi dengan mewujudkan watak Allah?," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment