My Add

Thursday 3 January 2013

Anggota bomba cedera jentera pemadam api berlanggar sesama sendiri

TELUK INTAN, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Seorang anggota bomba cedera apabila dua jentera pemadam api berlanggar sesama sendiri di Kilometer 1 Jalan Changkat Jong-Teluk Intan tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, sebuah jentera bomba memperlahankan kelajuan selepas melihat sebuah kereta rosak di tengah jalan mengakibatkan jentera lain yang mengekori di belakang tidak sempat membrek dan merempuh jentera di depannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang mengesahkan kejadian itu. - BH

No comments:

Post a Comment