My Add

Thursday 3 January 2013

Enam kereta tertimbus tanah runtuh di Subang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian itu dilapor berlaku pada jam 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya membabitkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment