My Add

Wednesday 2 January 2013

APMM Tawau tahan 43 pendatang tanpa izin di kawasan perairan Semporna

TAWAU, RABU,  02 Januari, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 43 orang disyaki pendatang asing tanpa izin ketika melakukan rondaan di sekitar perairan Semporna pada 30 Dis lalu.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapt Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua tahanan berkenaan ditahan kira-kira jam 10 malam hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina.

Katanya kira-kira jam 10 malam semasa melakukan rondaan, sebuah kapal APMM telah mengesan dan membuat penggeledahan ke atas sebuah bot yang tiada nombor pendaftaran di perairan Semporna.

"Hasil pemeriksaan, didapati bot tersebut disyaki sedang menuju ke Filipina dan kesemua penumpangnya telah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment