Pelakon, rakan mengaku tidak bersalah miliki dadah
PETALING JAYA, RABU, 02 Januari, 2012: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Ahmad dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Erimin seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi masing-masing berusia 26 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.-UTUSAN
No comments:
Post a Comment