My Add

Wednesday 2 January 2013

Banglo Jamaluddin Jarjis akan diroboh-Ikram

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Banglo milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini akan dirobohkan 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Mohd Taufik Haron berkata keputusan itu susulan kemunculan tanda-tanda pergerakan tanah di kawasan berhampiran.

Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit, katanya ketika ditemui pemberita di kawasan tanah runtuh tersebut, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10 malam pada Jumaat lepas itu, benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 60 meter tersebut runtuh dan menjejaskan sebuah banglo serta mengancam keselamatan beberapa kediaman termasuk milik orang kenamaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment