My Add

Wednesday 2 January 2013

Kelewatan Selangor bangun sistem pengepaman tambahan punca tiada air

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju di sini, menjadi punca kepada masalah ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota sejak seminggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 dan pada Mac 2012, kerajaan Persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh Kerajaan Selangor.

"Tetapi sehingga kini, kita difahamkan projek ini masih di peringkat rundingan reka bentuk oleh Kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan dengan kadar "fast track"," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment