My Add

Wednesday 2 January 2013

Banglo sasaran pencuri

Kerja meroboh banglo tempat  tanah runtuh, di  Puncak Setiawangsa giat dijalankan.
 *KERJA  meroboh banglo tempat tanah runtuh, di Puncak
Setiawangsa giat dijalankan.

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Tidak cukup trauma dilanda bencana tanah runtuh, penghuni banglo di Puncak Setiawangsa, di sini kini bimbang barangan dilarikan pihak tidak bertanggungjawab.

Ada beberapa cubaan mencuri harta benda penduduk sejak arahan mengosongkan tujuh banglo mewah yang terjejas dalam kejadian itu dikeluarkan empat hari lalu.

Difahamkan, kejadian terbaru berlaku malam kelmarin membabitkan sebuah lori yang cuba memasuki sebuah banglo dengan alasan mahu memindahkan barangan penghuninya.

Pemandu dan kelindannya melarikan diri selepas pengawal keselamatan meminta pengesahan berhubung proses pemindahan berkenaan.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis ketika mendedahkan perkara itu meminta kawalan keselamatan dipertingkatkan, dengan setiap kenderaan yang keluar masuk diperiksa rapi.

“Bencana sudah berlaku dan kita tidak mahu ada isu lain timbul, khususnya kehilangan barangan peribadi dan dokumen penting hingga membebankan penduduk yang terbabit.

“Penduduk minta polis memberi jaminan keselamatan terhadap harta benda yang ditinggalkan,” katanya, di sini semalam.

Beliau sebelum itu bertemu Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid di Pos Kawalan dan Pengurusan Bencana Bukit Setiawangsa.

Beliau antara pemilik tujuh banglo yang terjejas dalam kejadian tebing penahan konkrit setinggi 100 meter yang runtuh, Jumaat lalu.

“Kita berharap akan ada prosedur tertentu diperkenalkan oleh pihak berkuasa bagi memantau proses pemindahan barangan milik mangsa.

“Ini termasuk memaklumkan senarai pekerja dan kenderaan digunakan (kontraktor) kepada polis yang berkawal di kawasan itu,”" katanya. - BH

No comments:

Post a Comment