My Add

Wednesday 2 January 2013

Bekas banduan mati ditembak


*ANGGOTA polis memeriksa tempat kejadian serangan nekad ala mafia di kawasan perumahan Taman Merpati, Rahang, ssmalam.

 SEREMBEN, RABU, 02 Januari, 2013: Seremban: Seorang bekas banduan mati ditembak di kepala dan dada ketika menunggang motosikal di Taman Merpati, Rahang di sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 10.20 malam, Y Gopal, 34, yang bekerja di sebuah pasar raya di Seremban 2, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Kemban di sini, apabila dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook, berkata seorang daripada suspek melepaskan beberapa das tembakan dan tiga daripadanya terkena dada dan satu di kepala.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kita masih menyiasat motif kejadian termasuk dendam atau permusuhan antara kumpulan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Beliau berkata, polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di sekitar kawasan kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa meninggalkan isteri dan empat anak berusia antara sembilan bulan hingga 13 tahun. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. - BH

No comments:

Post a Comment