My Add

Friday 25 January 2013

Cabul wanita ketika beratur: Pemuda ditah

BESUT, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Polis menahan seorang pemuda berumur 19 tahun kerana mencabul seorang wanita ketika bersesak-sesak untuk mendapatkan baucar di sebuah kedai yang baharu dibuka di Jerteh, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, wanita berusia 24 tahun dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu sedang beratur apabila tiba-tiba mendapati seorang lelaki yang berada di belakangnya telah meraba payudaranya.

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada suaminya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian yang kemudiannya melaporkan kepada anggota polis yang sedang bertugas di situ.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan polis menahan pemuda berasal dari Kampung Cawat, Kuala Besut itu kerana mencabul.

Katanya, ujian air kencing mendapati pemuda itu positif methamphetamine. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment