My Add

Friday 25 January 2013

Malaysia jadi pilihan universiti terkemuka China

PUTRAJAYA, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Malaysia terus menjadi pilihan universiti terkemuka China untuk menubuhkan kampus cawangan luar negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menerima satu lagi permohonan daripada sebuah universiti terkemuka China yang mahu membuka kampus cawangan luar negaranya di sini.

Namun begitu, beliau berkata, universiti berkenaan terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran China untuk berbuat demikian.

"Kami memang menerima permohonan lain (dari universiti di China) tetapi belum menerima kelulusan rasmi daripada kerajaan China. Sehubungan itu, saya tidak boleh mendedahkan nama universiti itu selagi tiada surat kelulusan.

"Setakat ini, hanya Universiti Xiamen yang mendapat kelulusan untuk membuka kampus cawangan luar negara di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa mengalu-alukan universiti luar negara untuk membuka kampus cawangan di Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment