My Add

Saturday 5 January 2013

DAP akui silap kiraan undi

KUALA LUMPUR JUMAAT, 04 Januari, 2013: DAP yang sering mempersendakan pihak lain sebagai tidak cekap, menerima penangan setimpal setelah terpaksa mengaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan parti itu bulan lalu.

Dalam pengumuman yang menghairankan banyak pihak terutama dalam kalangan ahli parti itu sendiri, DAP mengakui kesilapan pengiraan undi yang sekali gus ‘mengembalikan’ wakil Melayu ke dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Semasa pengumuman pemilihan DAP pada 17 Disember lalu, tiada seorang pun wakil Melayu dipilih menganggotai CEC oleh 2,600 perwakilan parti itu, yang dikritik sebagai membuktikan sifat DAP yang didominasi kaum Cina.

Malah, tempoh yang diambil hampir tiga minggu untuk DAP membuat pembetulan itu juga disifatkan agenda pucuk pimpinan itu untuk menarik perhatian orang Melayu untuk menyertai DAP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment