My Add

Saturday 5 January 2013

Hadi perlu tebus dosa, tarik amanat tanpa syarat

PASIR PUTEH, JUMAAT, 04 Januari, 2012: Seorang bekas penyokong tegar Pas, Manaf Yusof, 78, meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menebus dosanya dengan menarik balik amanat beliau tanpa bersyarat kerana menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terputus persaudaraan.

Dia tidak menafikan perpecahan sesama Islam di Kelantan berputik selepas timbulnya Amanat Haji Hadi pada 1981 yang mana penyokong tegar Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkafirkan ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara yang tidak sehaluan kerana menganggap perjuangan mereka diredai Allah.

"Tidak perlu tampil di kaca televisyen, memadailah dengan beliau memberikan penerangan dan penjelasan semula kepada seluruh pengikut Pas menerusi siri ceramah politik yang dianjurkan.

"Jelaskan kenapakah UMNO halal dikafirkan pada 1981? Jelaskan juga kenapa Pas yang bersekutu dengan DAP sejak kebelakangan ini sama ada hukumnya halal dikafirkan atau sebaliknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment