My Add

Thursday 3 January 2013

DAP bangkit semula isu sensitif untuk alih isu

PULAU PINANG, RABU, 02 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus diselar kerana membangkitkan semula isu kalimah Allah dalam perutusannya sempena Hari Krismas baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan umat Islam.

Pegawai khas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, David Yam Boon Leong berkata, pihaknya kesal kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekali lagi menggunakan sambutan perayaan untuk memainkan isu agama.

"Kita kesal dengan tindakan ahli politik yang gemar memainkan isu agama untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Guan Eng merupakan salah seorang daripadanya yang langsung tidak memikirkan kesan kepada keharmonian pelbagai kaum dan agama yang dinikmati di negara kita selama ini.

"Ini merupakan isu sensitif kerana berkaitan dengan agama. Ia seharusnya tidak dipolitikkan dan Guan Eng perlu menghentikan perbuatannya kerana selama ini tidak wujud sebarang masalah antara orang Islam dan Kristian di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment