My Add

Thursday 3 January 2013

Koo Ham enggan ulas kemarahan rakyat Kelantan

IPOH, RABU, 02 Januari, 2013: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham enggan mengulas kemarahan rakyat Kelantan berhubung tindakan kerajaan Pas negeri itu meluluskan tanah kepada syarikat milik beliau, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek pembalakan.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu menegaskan, tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang bukan pemberian kerajaan Pas Kelantan sebaliknya diusahakan atas urusan perniagaan.

"Ini bukan satu projek yang kerajaan negeri bagi saya. Sebaliknya ini projek tanam semula pokok balak. Dua syarikat yang diminta (melaksanakan projek tersebut) sebelum ini gagal.

"Kami ambil alih (syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.) untuk tanam balik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment