My Add

Sunday 27 January 2013

Fauzi Saari hanya patah tangan, dibenar pulang

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Januari, 2013: Pemain Felda United, Ahmad Fauzi Saari yang terlibat dalam kemalangan maut awal pagi ini dilaporkan hanya mengalami patah tangan kanan.

Pegawai Media Felda United, Mohd. Norhafizi Abdul Rahim yang mengesahkan perkara itu berkata, Ahmad Fauzi telah dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu, dekat sini hari ini.

Ahmad Fauzi, 31, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, mengorbankan rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria yang memandu kenderaan jenis BMW ekoran kecederaan serius pada kepala. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment