My Add

Sunday 27 January 2013

Polis sahkan tiada aktiviti pembakaran Bible

Oleh NORAZLINA ISMAIL

BUTTERWORTH, AHAD, 27 Januari, 2013: Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti membakar kitab Bible versi bahasa Melayu dilakukan di Padang Bandaran Bagan Luar di sini pagi ini seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak mempercayai khabar angin tersebut, sekali gus membuktikan tohmahan yang disebarkan menerusi risalah sebelum ini adalah tidak benar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment