My Add

Saturday 19 January 2013

Henti cetak, edar Bible dalam bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan pencetakan kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah belahkan umat Islam.

Wakilnya, Aminuddin Yahaya yang merupakan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia berkata, isu tersebut tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu.

"Larangan itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang berlaku sekarang kerana usaha mencetak dan mengimport kitab Bible tidak disekat.

"Ibarat lalat yang datang kerana adanya bangkai. Buang bangkai hilanglah lalat tersebut. Jadi pihak kami percaya jika langkah sedemikian diambil, isu salah guna kalimah Allah tidak timbul," katanya selepas membuat laporan berhubung isu kalimah Allah dibuat di Balai Polis Travers di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment