My Add

Saturday 19 January 2013

Umat Islam perlu bangkit

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Umat Islam harus bangkit mengukuhkan bidang pendidikan dengan pembangunan ilmu mengurus diri dan sistem bagi mencapai kembali kegemilangan tamadun.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, Islam tidak sekadar menawarkan hal-hal diniah dan rohaniah tetapi ilmu yang membawa perubahan dan kemajuan umat.

"Cabaran pertama umat Islam adalah dalam bidang keilmuan dan pendidikan yang mana kita memerlukan perubahan dalam bentuk kurikulum dan metodologi.

"Sebab itu, ilmu mengurus diri perlu ditekankan yang mana Allah kurniakan kita akal untuk beramal dan mengurus sistem agar dapat memanfaatkan kekayaan hasil bumi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucaptama Seminar Nusantara, Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment