My Add

Sunday 27 January 2013

Ibu bapa tuntut elaun prasekolah

Oleh ROZIANAH RISMAN

*SAID Anuar Said Ahmad (depan, tiga dari kanan) dan Abdul Halim Samad (depan, dua dari kanan) bersama ibu bapa murid prasekolah mengadakan demonstrasi secara aman di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Selepas gagal membatalkan saman yang difailkan oleh kumpulan ibu tunggal berhubung pembayaran elaun sebanyak RM100 sebulan, kerajaan negeri Selangor kini berdepan dengan satu lagi tuntutan iaitu berkaitan bantuan pendidikan prasekolah.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, ini berikutan kerajaan negeri dalam kempen pilihan raya umum 2008, telah berjanji akan memberi bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menghadiri pendidikan peringkat asas tersebut.

Jelas beliau, manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment