My Add

Sunday 27 January 2013

Rakyat hanya pilih parti mampu jamin masa depan


*SHAHRIZAT Abdul Jalil (hadapan empat kiri) bersama penduduk selepas merasmikan Program Sekampung Majlis Pembangunan Wanita Keluarga (MPWK) Parlimen Indera Mahkota di Balok, Kuantan semalam. Turut kelihatan Mohd. Hazmi Yusof (dua kiri).

KUANTAN, SABTU, 26 Januari, 2013: Rakyat hanya memilih parti yang mampu mentadbir negara dengan baik dan memberi jaminan perkara asas kehidupan termasuk sumber pendapatan serta membela nasib mereka pada masa akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkara itu dinyatakan hasil maklum balas dijalankan oleh jentera sayap UMNO itu di peringkat akar umbi terutama di negeri dikuasai pembangkang seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Sebenarnya rakyat mulai sedar bahawa Barisan Nasional (BN) satu-satunya kerajaan yang mampu memberikan jaminan kehidupan sedemikian pada masa hadapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment