My Add

Sunday 27 January 2013

Isu kalimah Allah: Masalah keyakinan masyarakat terhadap fatwa

MELAKA , SABTU,26 Januari, 2013: Isu penggunaan kalimah Allah yang berbangkit kebelakangan ini dipengaruhi oleh masalah keyakinan segelintir masyarakat terhadap fatwa itu sendiri.

Ahli Panel Kajian Akidah Kebangsaan, Prof. Datuk Zakaria Stapa berkata, ketidakyakinan orang ramai terhadap fatwa yang telah diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merupakan penyebab timbulnya masalah tersebut.

"Umat Islam sendiri ada yang tidak begitu yakin dan merasakan mereka tidak boleh patuh pada fatwa tentang penggunaan kalimah Allah itu," katanya ketika ditemui dalam program Wacana Pendidikan Fatwa sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 2013 di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Md. Saleh - UTUSAN

No comments:

Post a Comment