My Add

Sunday 27 January 2013

Malaysian Insider biadab, tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Tindakan portal propembangkang, Malaysian Insider menggembar-gemburkan isu kalimah Allah termasuk mempertikaikan khutbah Jumaat melalui penyiaran pandangan paderi-paderi tempatan dan pemimpin utama Pas, adalah satu perbuatan biadab bertujuan melaga-lagakan antara penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam Wan Norudin berkata, khutbah Jumaat merupakan satu peringatan kepada umat Islam dalam keadaan untuk mempertahankan kalimah Allah yang menjadi hak mutlak agama Islam tanpa menyatakan secara terbuka agama lain adalah sesat.

Jelas beliau, medium peringatan itu juga sebagai memberi kefahaman kepada umat Islam bahawa toleransi sesama agama itu boleh berlaku selagi tidak mengganggu-gugat perkara asas dan fahaman tauhid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment