My Add

Saturday 12 January 2013

Jati berhasrat anjur perhimpunan besar-besaran

 *HASAN Ali berucap ketika mengadakan demonstrasi secara aman berhubung
 penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran sebagai tanda bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang meminta agar kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perhimpunan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan Jati ketika di peringkat akhir untuk mengenal pasti tempat yang paling sesuai.

Beliau berkata, Jati menjangkakan perhimpunan tersebut akan dapat menarik kira-kira 30,000 umat Islam yang berjuang untuk mempertahankan kalimah Allah.

"Kita bukan mahu cakap kosong dan berhimpun di surau-surau sahaja, ini adalah perhimpunan terbesar mempertahankan kalimah suci Allah yang khusus untuk orang Islam sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment