My Add

Monday 7 January 2013

Kanak-kanak kurang upaya rentung dalam kebakaran

SIBU, ISNIN, 07 Januari, 2013: Seorang kanak-kanak kurang upaya rentung dalam kebakaran di rumah pekerja di Sungai Antu 3, di sini tengah hari ini.

Mayat kanak-kanak terbabit, Nanang Sabat, 8, yang tidak mampu berjalan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh anggota bomba.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan orang awam pada pukul 12.45 tengah hari.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Bomba Sentral dengan kekuatan 17 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Anggota kami tiba di lokasi pada pukul 12.54 tengah hari dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian.

“Ketika meninjau keadaan rumah, mereka menemukan mayat Nanang yang telah rentung di dalam salah sebuah bilik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Mutalib, kanak-kanak malang itu dipercayai terperangkap di dalam bilik ketika ahli keluarganya yang lain panik dan berusaha untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment