My Add

Monday 7 January 2013

Kelantan tuan rumah tilawah al-Quran kebangsaan

KOTA BHARU, ISNIN, 07 Januari, 2013: Buat julung-julung kalinya Kelantan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang berlangsung selama 5 hari bermula 2 sehingga 6 Mei depan.

Majlis yang akan diadakan di Kompleks Balai Islam, Lundang itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala upacara penutupan majlis tilawah berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada majlis berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment