My Add

Friday 11 January 2013

Karnival Alumni UiTM Mac ini

SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Karnival Alumni UiTM secara besar-besaran pada Mac ini di kampus UiTM Shah Alam di sini bagi mengimbau kembali nostalgia bekas pelajar universiti terbabit.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, karnival anjuran bersama Persatuan Alumni UiTM itu menyasarkan dapat menarik kira-kira 50,000 pengunjung.

Beliau berkata, karnival sehari itu akan menyediakan pelbagai program menarik seperti melawat fakulti-fakulti yang pernah menjadi tempat para alumni menimba ilmu pada usia remaja masing-masing manakala pada sebelah malamnya diadakan karnival besar-besaran.

"Tarikh yang sesuai untuk karnival berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas perincian mengenai program tersebut dilakukan.

"Karnival tersebut juga akan mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila ia dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Alumni UiTM, Datuk Zaini Hassan dan barisan Ahli Jawatankuasa baharu persatuan itu di sini hari ini.

Menurut Sahol, alumni UiTM perlu melibatkan diri dengan setiap perancangan yang dilakukan oleh Persatuan Alumni UiTM bagi memastikan mereka dapat melihat perkembangan positif insan yang dilahirkan oleh universiti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment