My Add

Friday 11 January 2013

Miliki 234,000 bilik hotel

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

SEPANG, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Kementerian Pelancongan menyasarkan industri perhotelan di negara ini mampu menyediakan 234,000 bilik hotel menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, ini kerana industri perhotelan negara sehingga November tahun lepas hanya mempunyai sebanyak 180, 037 bilik.

"Jumlah itu diperlukan untuk menampung jumlah sasaran kementerian mencapai kehadiran seramai 36 juta pelancong pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran jenama hotel lapangan terbang baharu dikenali sebagai Sama-Sama KL International Airport di sini hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment