My Add

Thursday 3 January 2013

KDNK dijangka sederhana tahun ini

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2013 dijangka sederhana pada paras lima peratus, disokong oleh permintaan tempatan dan pemulihan ekonomi dunia.

KDNK tahun lalu dijangka berada pada kadar 5.2 peratus, meningkat 0.1 peratus daripada tahun sebelumnya berikutan penurunan pada suku keempat yang dijangka pada kadar 4.9 peratus, berbanding 5.6 peratus pada suku kedua dan 5.2 pada suku ketiga.

JF APEX Securities dalam nota kajiannya melaporkan, permintaan tempatan terus kukuh pada suku pertama berikutan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembayaran bonus dan perlaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

"Pengukuhan tersebut dilihat mampu mengimbangi kelembapan permintaan luar pada suku pertama.

"Bagaimanapun, pada suku kedua dijangka permintaan tempatan akan meruncing selepas pilihan raya dengan jangkaan kerajaan akan mengetatkan bajet fiskal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment