My Add

Thursday 3 January 2013

Penguatkuasaan CMSA 2012 dimulakan

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengumumkan penguatkuasaan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 (CMSA 2012) berserta beberapa garis panduan yang bertujuan menggalakkan inovasi produk dan pasaran, mempertingkatkan kecekapan pasaran dan membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan menjelaskan, CMSA 2012 yang diperkenalkan itu merupakan satu rangka kerja yang memudahkan proses kelulusan produk-produk pasaran modal dengan lebih meluas bagi manfaat penerbit, pengantara dan pelabur.

Menurutnya, rangka kerja itu membezakan produk-produk pasaran modal yang tersenarai dan tidak tersenarai mengikut ciri-ciri tersendiri serta profil risiko yang berbeza, dan mempunyai tahap kawal selia yang berpadanan dengan risiko produk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment