My Add

Wednesday 2 January 2013

Kelas literasi untuk golongan dewasa buta huruf

BELURAN, RABU, 02 Januari, 2013: Usaha menangani masalah buta huruf di negara ini tidak hanya ditumpukan kepada golongan kanak-kanak, sebaliknya golongan dewasa turut menjadi sasaran.

Ia dilaksanakan menerusi Program Kelas Literasi Dewasa yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menumpukan kepada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Pembantu Kanan Pembangunan Masyarakat, Unit Literasi Kemas Putrajaya, Nik Norihan Mohd. Yusoff berkata, program tersebut mula dilaksanakan di dua negeri itu sejak 2010 membabitkan kampung yang tidak mempunyai cawangan Kemas.

Katanya, pada tahun lepas, sebanyak 12 kelas dilaksanakan membabitkan tujuh kawasan Parlimen iaitu di Beluran, Kinabatangan, Kota Marudu, Kudat, Tuaran, Pensiangan dan Lahad Datu.

"Ia merupakan satu aktiviti pendidikan tidak formal yang memberi peluang kepada orang dewasa, belia dan beliawanis dan remaja berusia 15 tahun ke atas yang tercicir daripada pendidikan formal bagi mendapat ilmu pengetahuan,” katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment