My Add

Saturday 5 January 2013

Keluarga beri penghormatan terakhir

KUCHING, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Mayat mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia awal pagi semalam dibawa ke Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Batu 8 di sini petang ini.

Mayat mendiang yang dibawa pada pukul 2.30 petang itu akan ditempatkan di kem tersebut bagi membolehkan ahli keluarga terdekat memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum dibawa ke kem tersebut, upacara sembahyang yang diketuai Paderi Nelson Sinken dari Gereja All Saints telah diadakan di pekarangan Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS).

Antara yang terawal melawat mendiang ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan Panglima Briged Kesembilan Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Mayat mendiang akan dibawa ke Dewan Suarah untuk diberi penghormatan terakhir oleh orang kenamaan dan rakan-rakan, pagi esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment