My Add

Saturday 5 January 2013

JPA kaji naikkan gaji maksimum maksimum

SEREMBAN, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan kadar inflasi.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, inisiatif itu akan diteliti terlebih dahulu selepas pihaknya menerima laporan khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelang pertengahan bulan ini.

"Bila kita sudah menerima laporan dari suruhanjaya, pihak kami akan mengkaji penemuannya sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada kerajaan.

"Sebenarnya cadangan ini merupakan idea JPA, di mana kita mahu melihat penjawat awam tidak menghadapi masalah dapat gaji maksimum tanpa sebarang kenaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment