My Add

Wednesday 16 January 2013

Kementerian timbang wujud 5 sekolah komprehensif di pedalaman Sabah

KOTA KINABALU, RABU, 16 Januari, 2013: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di lima sekolah rendah di pedalaman Sabah bagi menangani isu keciciran murid.

Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pensiangan, Nabawan; Sk Bawang, Beluran; Sk Sabur, Kudat; dan SK Buis serta SK Menanam di Tongod. "Kita sedang mengkaji unjuran pelajar untuk melaksanakan K9 di Sabah kerana masalah ketiadaan sekolah menengah di sesetengah kawasan pedalaman Sabah membuatkan keciciran, murid tahun enam tidak dapat memasuki tingkatan satu, dua dan tiga," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Puad sebelum itu melawat projek menaik taraf dan membaik pulih sekolah rendah serta menengah Pulau Gaya yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment