My Add

Wednesday 16 January 2013

CIDB lapor polis, dakwa ada kecuaian dalam kejadian banglo runtuh

SHAH ALAM, RABU,  16 Januari, 2013: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini membuat laporan polis selepas mendapati ada unsur kecuaian dalam kejadian banglo runtuh yang mengorbankan seorang pekerja di sini, Oktober lepas.

Pengarah Penguat kuasa CIDB, Abdul Razak Husin berkata, ada dua unsur kecuaian dikesan CIDB dalam siasatannya iaitu dari segi reka bentuk binaan dan ketika melakukan kerja pengubahsuaian.

Unsur kecuaian ini perlu disiasat polis kerana terletak di luar bidang kuasa CIDB, katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini.

"Laporan polis ini dibuat kerana CIDB mengambil berat tentang keselamatan tapak bina dan tidak mahu pihak yang terlibat mahupun orang ramai mengambil ringan soal undang-undang dan keselamatan dalam menjalankan apa-apa projek pembinaan sekalipun," katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment