My Add

Thursday 3 January 2013

Kerajaan rancang bina landasan ketiga di KLIA2

KOTA KINABALU, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kerajaan memutuskan untuk membina satu lagi landasan, iaitu landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menampung keperluan pergerakan penumpang yang sangat pesat di kedua-dua KLIA dan KLIA2.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, berdasarkan trend sedia ada, pergerakan penumpang di KLIA dan KLIA2 diunjurkan mencapai kapasiti penuh menjelang 2020, berikutan peningkatan kekerapan pergerakan syarikat penerbangan di kedua-dua lapangan terbang itu.

Katanya, KLIA dan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT), yang dibina bagi menampung 40 juta penumpang (iaitu KLIA 25 juta dan LCCT 15 juta), dijangka berhadapan suasana “terlebih kapasiti" dan kesesakan ekoran kepesatan perkhidmatan penerbangan tambang murah di rantau ini.

Pada tahun lepas sahaja KLIA telah mengendalikan 38 juta penumpang, katanya selepas meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment