My Add

Thursday 3 January 2013

Polis nasihati orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100

MIRI, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Polis hari ini meminta orang ramai di bandar raya ini berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pengedaran wang kertas palsu RM100 di sini berikutan tiga laporan yang dibuat mengenainya, termasuk oleh sebuah bank.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata dua laporan lagi dibuat dua individu yang menyedari kewujudan wang kertas palsu itu apabila mereka mendapati kertasnya tidak berkualiti dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

"Siasatan awal kami mendapati ketiga-tiga wang kertas palsu ini menggunakan nombor siri sama, AA7825588," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment