My Add

Thursday 3 January 2013

Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki: SYABAS

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lalu selesai diperbaiki bagi membolehkan ia beroperasi semula, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat ke semua kawasan terbabit dalam tempoh lima hari.

Katanya, kerosakan di rumah pam Wangsa Maju siap dibaiki pada jam 11.45 pagi semalam manakala Pudu Hulu Baru selesai jam 5 pagi ini.

Kedua-dua rumah pam sudah beroperasi semula tetapi rumah pam Wangsa Maju beroperasi pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa melebihi 200JLH, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagi membantu penduduk yang terjejas, SYABAS menggerakkan sebanyak 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas.

Katanya, sejak semalam SYABAS turut mendapat bantuan daripada syarikat air lain seperti Lembaga Air Perak yang memberi bantuan empat lori tangki air, Syarikat Air Melaka Berhad yang menyumbangkan dua lori, Syarikat Air Johor lapan lori dan Syarikat Air Negeri Sembilan dua lori.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment