My Add

Thursday 3 January 2013

Mendiang Kanang Anak Langkau diberikan penghormatan negara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2012: Pahlawan Negara, mendiang Datuk Kanang Anak Langkau akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghormatan itu bagi mengenang jasa Kanang yang telah banyak berkorban untuk negara terutama dalam memerangi pengganas komunis.

"Perdana Menteri telah mengarahkan saya supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberikan penghormatan pahlawan negara kepada mendiang pada Ahad ini di Sarawak.

"Mendiang merupakan anggota tentera yang banyak berjasa dan beliau adalah satu-satunya anggota yang menerima kedua-dua pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini hari ini.

Mendiang yang jawatan terakhirnya adalah Pegawai Waran 1 meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pukul 1.45 pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment