My Add

Monday 14 January 2013

Kompleks Mahkamah Shah Alam terima panggilan bom sekali lagi

SHAH ALAM, ISNIN, 14 Januari, 2013: Lebih sebulan selepas panggilan bom yang diterima November tahun lalu, Kompleks Mahkamah Shah Alam sekali lagi dikejutkan dengan panggilan serupa.

Kali ini, pemanggil, seorang lelaki, menghubungi kakitangan mahkamah kira-kira jam 8.25 pagi dan memaklumkan ada bom diletakkan di tempat letak kereta basemen dan di kafe mahkamah.

Berikutan panggilan kira-kira jam 8.55 pagi, satu pengumuman dibuat, mengarahkan kakitangan dan orang awam meninggalkan bangunan annex dan bangunan utama kompleks mahkamah dan berada di perkarangan bagi membolehkan pasukan unit pemusnah bom menjalankan pemeriksaan.

Anggota unit pemusnah bom dilihat memasuki mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dan pengumuman bahawa bangunan berkenaan selamat dibuat kira-kira jam 9.50 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman, ketika ditemui, berkata polis menerima panggilan telefon daripada mahkamah memaklumkan mengenai panggilan telefon berkenaan.

Katanya, lima pegawai dan kira-kira 70 anggota daripada Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan (K9) anggota tugas am dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditugaskan menjalankan pemeriksaan.

"Anggota polis ditempatkan di kompleks Mahkamah hingga tengah hari langkah berjaga-jaga dan polis meminta kakitangan mahkamah untuk perhatikan sebarang objek yang mencurigakan dan melaporkannya kepada anggota Unit Pemusnah Bom," katanya kepada pemberita. - BH 

No comments:

Post a Comment