My Add

Friday 4 January 2013

Koo Ham nafi didesak putuskan kedudukannya dalam Upayapadu Plantation

IPOH. KHAMIS, 03 Januari, 2013: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan wujud tekanan daripada pimpinan parti itu supaya beliau membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. (Upayapadu Plantation), syarikat yang didakwa mendapat projek pembalakan di Gua Musang, Kelantan.

Koo Ham menegaskan, laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau diberikan tempoh sehingga hari ini untuk berbuat demikian hanyalah rekaan semata-mata.

“Laporan itu tidak betul dan ini semua rekaan. Dalam laporan itu tidak dinyatakan siapa yang beritahu. Tanya akhbar itu siapa sumber mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Beruas itu mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini beliau diminta membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam syarikat Upayapadu Plantation dalam mesyuarat Selasa lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment